Baru td kuar berita TOK GURU umumkan Kerajaan Negeri KELANTAN akan mmbina sebuah kompleks sukan di Kg Bukit Merbau, Selising, Kelantan.. Maknanye, memang dekat la ngan umah aku...... satu lg pembangunan yang akan di bangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Sbg anak kelate, aku bangga dengan pengumuman ini.. Tp diharap isu ini janganla di POLITIKKAN... Kemudahan yang tersedia kita guna bersama kearah kebaikan rakyat MALAYSIA juga.
"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, PASIR PUTEH," Dipetik dari Kata TOK GURU.
Tp apa yang saya puji dan banggakan sangat-sangat ada stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. BerSUKAN-BeRSUKAN gak, solat jangan lupa ye.
Bercakap pasal solat ni, satu lagi yang sy nk puji adalah sikap penyokong itu sendiri. Tak kira lah penyokong negeri mana pun, harap gambar ini menjadi contoh untuk tatapan semua dan kita sama-sama berhijrah kearah kebaikan. Allahhuakbar!!!! -AKU INSAN BIASA-
GAMBAR : Penyokong TRW semasa Semi Final Ke-2 Piala FA Di Stadium Sultan Muhammad IV



No comments:
Post a Comment