Sambil tgh bosan duk jaga EXAM pelajar, Aku pun belekla UTUSAN MALAYSIA ONLINE.. Tertarik dengan arkib berita "AH LONG MAKIN GANAS ; 22 Mei JOHOR BAHRU".
AH LONG diambil daripada perkataan CINA "NAGA" (Bahasa Cina: 阿龍) atau kependekan daripada frasa Kantonis "daai ji lung", 大耳窿) merupakan ISTILAH yang cukup popular bagi CETI HARAM. Biasanya mereka menawarkan pinjaman kepada mereka yang tidak berupaya untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak BANK ataupun mereka yang telah disenarai HITAM oleh pihak berwajib atau yang dah MUFLIS dsb. PINJAMAN confirm LULUS maa tetapi kadar faedah atau BUNGA yang dikenakan amatlah TINGGI. Kalau Sesiapa yang suka cari PENYAKIT amatlah digalakkan kerana apabila peminjam GAGAL atau LEWAT membayar pinjaman, azabnya amatlah PERIT.
Berbalik kepada tajuk artikel kita ini, AH LONG memanglah ganas. Simbah CAT , KUNCI rumah, UGUT untuk BUNUH sudah menjadi LUMRAH bg seorang AH LONG. Kalau tak ganas tak payah jadi AH LONG la kot. Sah-sah dah kalau kita tengok daripada asal perkataan AH LONG itu sendiri "NAGA" , Ganas kan? . Tetapi yang menjadi persoalannya, CERDIKKAH orang kita kerana meminjam daripada AH LONG tersebut. Apabila dapat duit, seronok berbelanja, tetapi apabila tak mampu untuk bayar, dah mula lah GELISAH. Kemudian timbullah ancaman-ancaman daripada AH LONG tersebut.
Apabila dah TERHANTUK, baru nak TERNGADAH. Itulah biasanya budaya orang kita. Tidak pernah fikirkan sebab dan akibatnya tentang sesuatu perkara. So, bila dah terkena, mula la report ke Biro Pengaduan AWAM la, POLIS la, Ahli-ahli Politik la dsb. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika kita berpegang kepada SYARIAH ISLAM. Islam mengharamkan RIBA dan menggalakkan konsep TAKAFUL. Takaful di sini bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan. So, sebagai umat ISLAM, berpeganglah kepada AJARAN Islam kerana ISLAM itu indah.
Kita baca lagi artikel tersebut dengan lebih lanjut, “Saya memang tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak terutama ah long tetapi saya tidak tahu mengapa rumah saya menjadi sasaran, mungkin mereka tersalah rumah tapi saya tetap rasa bimbang" kata seorang pengadu. Jika kita ambil kesah mengenai pengadu ini, Pihak berkuasa haruslah mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah ini. AH LONG tidak sepatutnya wujud kerana mendatangkan keburukan di negara kita. Sebagai pihak berwajib, adakah kita menyokong unsur RIBA ini. CEGAH la daripada akar umbi. Sama-sama kita renung-renungkan tentang kebaikan dan keburukan AH LONG ini. Pihak Berwajib haruslah mengambil pendekatan yang efisien untuk mengatasi masalah peminjam yang "TAK MAMPU" ini. FIKIR-FiKIRkanlah... AKU HANYA INSAN BIASA.













