Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (SKBJ) sehinggan tamat darjah enam (6). Kemudian mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH @ Jenan) dari tahun 1999-2003 (Form 1-Form 5). Menyambung pelajaran lagi ke Kolej Matrikulasi Kedah (03/04) selama setahun. Kemudian melanjutkan pelajaran di UiTM Arau dalam jurusan Sarjana Muda (kep) Matematik Pengurusan selama tiga tahun (2005-2008).
Belum penat berehat selepas tamat pengajian (sehari jerk dapat rehat) aku dipanggil untuk menjalani latihan di Bank Muamalat (HQ) pada tahun 2008 sebelum mendapat offer untuk berkhidmat di Bank Muamalat (KB). Hati bukan main seronok kerana dapat balik kampung. Tetapi jodohku dengan perbankan ISLAM tidak lama kerana mendapat tawaran untuk berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa (2009). Walaupun hatiku agak keberatan untuk meninggalkan sektor kewangan ISLAM, tetapi demi tujuan untuk mendidik anak bangsa, aku kuatkan semangat untuk beralih pada bidang baru.
Semasa seronok dengan tugas baru sebagai pendidik, aku ditawarkan sekali lagi dalam sektor kewangan oleh bank yang memang aku idam-idamkan iaitu BANK RAKYAT. Setiap kali semasa aku di Muamalat, Aku sering pandang bangunan bank rakyat dan berazam untuk menakluki bank rakyat pada suatu hari nanti. Jadi mungkin inilah waktunya untukku membangunkan sektor kewangan Islam. Tetapi dek kerana keseronokan mendidik anak bangsa pada waktu itu, aku lupakan impianku kerana pada waktu itu, aku pikir kalau aku menjadi pendidik, aku akan lahirkan lebih banyak profesional-profesional Islam pada masa akan datang, InsyaAllah. But now.... aku jd semakin malas n malas n feed up jika dilihat dengan ragam-ragam manusia yang ingin kejar kepentingan peribadi semata-mata. Budaya bodek membodek, ampu mengampu, tikam menikam, pilih kasih, penilaian tidak telus mungkin dapat membunuh semangat ingin bekerja. Mungkin inilah yang dinamakan POLITIK kerja yang harus di cegah kerana mungkin organisasi akan kehilangan lebih ramai pendidik yang terbilang jika hal ini akan berterusan.
