Contoh email yang dihantar... alamat email dan logo memang mengelirukan dan membuatkan kita akan mempercayainya... Jadi beringatlah sahabat-sahabat sebelum melakukan sesuatu perkata. Tak kira cimbclicks or maybank2u or pape internet banking yang lain. Semoga Tuhan merahmati segala urusan kita.
Friday, 3 June 2011
Hackers ... Phishing... Or Papela....
Sejak akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan penipuan di INTERNET dengan cara mengHACK account bank kita melalui INTERNET BANKING dengan tujuan untuk mencuri duit dalam account bank kita itu... Kalo banyak lah duit dalam account bank kita itu, memang banyak lah lesap duit kata... kalau sedikit, sedikitlah.. Tp, bukan banyak atau sedikit yang mnjadi ukuran, tetapi salah laku penggunaan teknologi yang semakin canggih ini dan kepandaian yang tuhan berikan itu di sia-siakan.. Sanggup menganiaya org lain semata-mata untuk kepentingan sendiri... MODUS operandi nya mudah saje.. dapatkan TAC code and duit kita akan lesap. Biasanya "PENCACAI" ini akan menghantar email kepada kita supaya kita update account kita kerana ada technical fixed la.. ada something transaksi yang mencurigakan la dsb... Jadi sekiranya kita terima email seperti ini, janganlah kita mudah percaya dan JANGAN sesekali kita berikan TAC code kita kepada org lain.. Seelok-eloknya, telefon pihak bank terlebih dahulu jika terdapat kemusykilan... Kalo da terkena, memang saketlah.. abes simpanan kita semua... Sekiranya duit kita tu ditransfer ke acc dalam malaysia, insyaAllah kita akan dapat balek.. Lambat atau cepat terpulang pada urusan bank negara.. tetapi tiada jaminan diberikan... Dan sekiranya duit kita itu di transfer ke ACC LUAR NEGARA, HYE-HYE BYE BYE la jawabnye.... jadi sebagai pengguna, kita harus bertindak bijak dalam melakukan sesuatu perkara. Tanya sekiranya tidak mengetahui.. Jangan jd bodoh sombong yang hanya mungkin akan merugikan kita semua.. Sama-samalah kita saling memperingati sesama kita. Semoga INFO ini memberi manfaat kepada anda semua. Jika tersalah bahasa or terkasar kata, harap dimaafkan kerana AKU HANYA INSAN BIASA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment